Sunday 27 February 2011


TAJUK:
Sejarah Penubuhan dan Kegiatan Masjid Jamek Cherok Tokun, Bukit Mertajam

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151

DISEDIAKAN OLEH:
Amira Atika binti Said
2010848542
BMD2Ac

PROGRAM:
Diploma Pengajian Perniagaan ( BM111 )

Tarikh Hantar:
28 Februari 2011




ISI KANDUNGAN

1.       Isi kandungan
2.       Abstrak
3.       Pendahuluan
4.       Pengertian masjid
5.       Sejarah penubuhan masjid
6.       Peranan masjid
7.       Masalah dan Penyelesaian
8.       Penutup



ABSTRAK

Tajuk:
Sejarah Penubuhan dan Kegiatan Masjid Jamek Cherok Tokun, Bukit Mertajam.

Masjid  ialah tempat yang khusus untuk umat Islam menunaikan ibadat rukun Islamsiatu solat lima waktu. Selain itu, bangunan yang indah ini berperanan sebagai pusat penyampaian dakwah Islamiah, pusat kebudayaan, pusat menjalankan aktiviti anatara anak kariah dalam mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan juga boleh dijadikan pusat pengembangan ekonomi. Sesebuah masjid yang didirikan tidak terikat atau mempunyai rupa bentuk yang tetap, namun ianya bergantung kepada budaya masyarakat Islam sesuatu tempat itu. Masjid boleh didefinisikan sebagai tempat bersujud dari segi bahasa. Masjid merupakan tempat orang islam bersujud dengan menghambakan diri kepada Allah SWT. Terdapat juga beberapa takrif lain mengenai pengertian masjid. Pertama, ada yang mengistilahkan semua tempat menunaikan solat atu menunaikan salah satu daripada rukun Islam adalah masjid. Sungguhpun begitu, takrif yang kerap kali diguna pakai oleh semua ialah masjid merupakan tempat khas untuk bersolat.  Sejak zaman pemulaan Islam lagi, kemajuan umat dan gerakan agama Islam bermula dari masjid. Oleh itu, masjid telah dijadikan sebagai tempat yang universal iatu sebagai tempat berkumpul, bermusyawarah dan merancang aktiviti dan strategi dalam bidang dakwah, perdagangan, pendidikan, perundangan dan banyak lagi. Tuntasnya, masjid adalah sebuah tempat yang berguna dan memberikan banyak faedah kepada setiap umat islam. Oleh itu, sebagai umat Islam yang prihatin, kita haruslah menggunakan masjid dengan sebaik mungkin.




PENDAHULUAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya siapkan tugasan CTU151 ini yang telah diamanahkan oleh pensyarah CTU151 iatu Ustaz Abd Aziz bin Harjin dengan baiknya. Ribuan terima kasih buat Ustaz Abd Aziz bin Harjin yang telah member bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya dengan jayanya dalam menyiapkan tugasan ini dari mula hinggalah seesainya tugasan ini tanpa jemu. Selain itu, ucapan terima kasih juga buat salah seorang penduduk kampung yang telah lama tinggal di kawasan kariah tersebut kerana telah menyalurkan informasi mengenai Masjid Cherok Tokun ini. Sesungguhnya tanpa jasa kalian, tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Tidak lupa juga kepada keluarga serta rakan  saya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Dengan adanya tugasan ini, saya dapat memperoleh pengetahuan tentang cara-cara menguruskan masjid dengan lebih teratur dan sistematik serta sejarah masjid itu sendiri.
 Tujuan utama esei ini ditulis untuk memenuhi kerja kusus CTU151. Daripada empat tajuk iatu sejarah penubuhan dan kegiatan masjid kariah, sejarah dan kegiatan surau taman atau kariah, sejarah seorang tokoh agama di kariah dan seorang saudara baru (mualaf) di kariah anda dan peranannya dalam dakwah. Sya telah memilih tajuk sejarah dan kegiatan masjid. Esei ini ditulis adalah untuk saya perihalkan tentang masjid di kediaman saya iaitu Masjid Cherok Tokun, Daerah Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Di dalam tugasan ini, saya telah memperihalkan tentang pengertian masjid, sejarah penubuhan masjid, antara peranan dan aktiviti yang sering dijalankan, maslah dan cara penyelesaiannya.



SEJARAH PENUBUHAN

Masjid ini telah dibina pada tahun 1995 dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada hari Ahad 14 Januari 1996 bersamaan 23 Syaaban 1416. Nama masjid dan barisan jawatankuasa pentadbir yang pertama telah didaftarkan secara resmi dan telah pun diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) Bangunan ini didirikan di atas tapak seluas 1.5 ekar yang mengandungi bersama tanah perkuburan. Perbelanjaan yang diperuntukkan untuk membina masjid ini ialah RM500,000. Peruntukan diluluskan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.  Masjid ini dibina bagi mengganti bangunan lama yang telah uzur dan tidak dapat menampung jemaah yang terdapat di Cherok Tokun. Pertumbuhan penduduk di Cherok Tokun dan kawasan sekeliling telah bertambah dengan berlipat ganda. Terdapat beberapa kawasan perumahan yang telah dan dalam proses pembinaan sekeliling kampung ini. Oleh itu, masjid ini dibina untuk meuatkan semua penduduk kampung. Bangunan masjid yang baru dapat memuatkan seramai 1,000 orang jemaah dan dilengkapi dengan bilik perpustakaan, ruang belajar untuk kanak-kanak dan ruang pejabat. Apa yang amat mengkagumkan di peringkat awal surau ini adalah respon yang telah diberikan oleh ahli qaryah terhadap usaha mengadakan segala kemudahan fizikal bagi tujuan pengimarahan surau. Dalam masa yang singkat, segala keperluan asas seperti PA System, krpet, sejadah, langsir, kipas, pinggan, kitab Al-Quran/ yaasin dan sebagainya telah pun tersedia. Kemudahan ini dapat memberi keselesaan kepada setiap jemaah.  



AHLI JAWATANKUASA MASJID JAMEK CHEROK TOKUN
Pengerusi
Tuan Haji Idrus Bin Dato’ Ibrahim

Naib Pengerusi
Haji Ahmad Bin Othman

Setiausaha
Haji Othman Bin Zakaria

Bendahari
Haji Ahmad Zubir Bin Haji Rashid

AJK
Haji Abdul Majid bin Abdul Hamid
Muhamad bin Desa
Haji Ahmad bin Ishak
Osman bin Ibrahim
Zubaidah binti Salleh
Mohd Salleh bin Othman

Pemeriksa Kira-kira
Rosni bin Mad Rashid
Mohd Shukri bin Zainal Abidin

Imam
Haji Omar Bin Othman
Haji Tengku Azhari Bin Haji Tengku Ibrahim
Haji Azimy Bin Don

Bilal
Haji Mohd Najib Bin Haji Hashim
Encik Alias Bin Idris

Siak
Encik Osman Bin Hashim
Haji Hassan Bin Puteh



PERANAN MASJID

Masjid mempunyai banyak peranan yang penting kepada seluruh umat Islam. Peranan utama masjid dapat dilihat daripada definisi masjid itu sendiri. Masjid atau rumah Allah berperanan sebagai tempat untuk seluruh umat Islam menunaikan kewajipan rukun Islam yang kedua iatu menunaikan solat lima waktu sehari semalam iatu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya. Oleh itu, setiap anak kariah haruslah merebut peluang yang ada untuk menunaikan solat di masjid secara berjemaah kerana Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda bebanding menunaikan secara bersendirian.
Al-Imam Al-Bukhariy telah meriwayatkan dari Malik bin Al-Huwairits: Saya mendatangi Nabi dalam suatu rombongan dari kaumku, maka kami tinggal bersamanya selama 20 hari, dan Nabi adalah seorang yang penyayang dan lemah lembut terhadap shahabatnya, maka ketika beliau melihat kerinduan kami kepada keluarga kami, beliau bersabda: “Kembalilah kalian dan jadilah bersama mereka serta ajarilah mereka dan shalatlah kalian, apabila telah datang waktu shalat hendaklah salah seorang diantara kalian adzan dan hendaklah orang yang paling tua (berilmu tentang Al-Kitab & As-Sunnah dan paling banyak hafalan Al-Qur`annya) diantara kalian mengimami kalian.” (Hadits Riwayat Al-Bukhari no. 628, 2/110 dan Muslim semakna dengannya no. 674, 1/465-466).
Di samping itu, masjid menjadi tempat perantaraan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan mengenai agama kepada setiap anak qaryah mahupun seluruh umat Islam di dunia ini. Banyak aktiviti yang dijalankan bagi menyebarkan dakwah Islam. Dakwah Islamiah disebarkan untuk mengembangkan lagi agama Islam untuk menawan anasir-anasir barat yang semakin membawa pengaruh besar kepada Negara Islam untuk mencontohi mereka. Sejak mula beroperasi, program pengimarahan seperti  Kuliah Fardu ’Ain, Ceramah Agama, Solat Terawih, Qiamullail dan sebagainya telah dijalankan dengan lancar hasil usaha dan sokongan semua pihak yang terlibat. Program-program ini dapat dikelaskan mengikut kategori umur untuk menarik perhatian ramai terutamanya golongan-golongan muda. Pengurusan masjid akan mengatur aktiviti yang menarik serta penuh infomasi kepada setiap anak kariah.
Terdapat ramai anak qaryah yang tidak pandai atau fasih dalam membaca Al-Quran. Oleh itu, pihak masjid telah mengatur beberapa aktiviti untuk meningkatkan tahap para anak qaryah membaca Al-Quran. Sebagai cotoh pada waktu malam terdapat beberapa orang ustaz yang dijemput untuk mengajar membaca Al-Quran. Sesungguhnya aktiviti ini dapat memberi impak yang besar kepada anak qaryah masjid ini. Sepatutnya kelas bacaan Al-Quran ini harus bermula dari bawah lagi. Jika dapat kita perhatikan, banyak kanak-kanak yang telah dihantar ke kelas Fardhu Ain pada petang hari bagi mengatasi masalah yang berlaku di kalangan orang dewasa ini. Mungkin para ibu bpa pada zaman dahulu tidak benar-benar memahami kepentingan membaca Al-Quran. Firman Allah,
Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al-Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya. (QS. Ali Imran: 79)
Konsep `1 Malaysia’ yang dilancarkan oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Abdul Razak semangnya untuk menyatukan hubungan antara kaum di Malaysia. Namun begitu, konsep ini juga boleh diaplikasikan sesama umat Islam kerana terdapat kaum Cina dan India memeluk Islam. Oleh itu kita haruslah menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada mereka dengan mengeratkan hubungan kita dengan Allah SWT, hubungan denagn alam dan hubungan sesama Islam.  Masjid ini telah menganjurkan  aktiviti kemasyarakatan kepada setiap anak kariahnya. Sebagai contoh aktiviti gotong royong membersihkan kawasan masjid. Jika dilihat pelbagai faedah yang kita peroleh jika mengikuti aktiviti ini. Antaranya ialah, mendapat ganjaran pahala kerana membersihkan rumah Allah SWT dan mengeratkan lagi hubungan kejiranan antara anak kariah. Pada masa yang sama setiap anak kariah dapat berkongsi pengalaman, bekongsi pendapat dan perasaan tentang kehidupan dan keselamatan kampung.
Perarakan Maulud Nabi, jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha dan majlis katan beramai-ramai adalah contoh-contoh aktiviti yang telah dianjurkan oleh masjid ini. Antara objektifnya adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara anak kariah dan meraikan hari kelahiran mahupun perayaan yang penting dalam Islam. Sebagai contoh sambutan Maulid Nabi pada 15 Februari 2001, pihak masjid telah merancang dan menjalankan perarakan mengelilingi kampung dan berselawat dengan penuh gilang gemilang untuk menyanjungi Nabi Muhamad SAW. Untuk menarik perhatian anak kariah, pihak pengurusan telah menyediakan hadiah atau ganjaran kepada kumpulan yang terbaik. Oleh itu, ramai orang akan melibatkan diri dalam aktiviti sebegini rupa.



PENGERTIAN MASJID

Masjid berasal daripada perkataan Arab "sa-ja-da" yang bermaksud sujud. Sujud ialah satu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Maksud sujud disini ialah menyembah Allah s.w.t. Jadi masjid ialah rumah tempat menyembah Allah s.w.t. atau rumah Allah (Baitullah). Rumah Allah yang paling utama ialah Baitullah al-Haram iaitu Kaabah di Makkah al-Mukarramah. Disebut Baitullah al-Haram kerana diharamkan berperang di dalam masjid. Baitullah juga menjadi kiblat umat islam, iaitu arah menghadapkan muka dan dada ketika mengerjakan solat.
 Menurut hadith pula, masjid membawa pengertian keseluruhan bumi adalah masjid kerana sembahyang boleh dikerjakan dimana-mana saja di atasnya. Kamus dewan mentafsirkan tempat khusus bagi mengerjakan solat lima waktu disebut musolla mungkin bertujuan untuk menyampaikan maksud ‘tempat solat’. Dari sudut sosio-politik masjid dapat difahami dengan mempelajari kaedah dan peranannya seperti mana yang telah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabatnya. . Lebih tepat lagi ia adalah sebuah tempat perhimpunan masyarakat dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaaan dan keberkatan dari Ilahi. Ia tentunya mengandungi unsur sakral jika dibandingkan dengan tempat perkumpulan yang lain seperti padang bola, pasar, laman bandar, jalan dan laluan dan sebagainya. Lebih penting lagi masjid adalah sebuah institusi dimana pelbagai aktiviti seperti urusan pentadbiran, mahkamah, mengatur strategi peperangan, ucapan politik, perdebatan, menerima tetamu, membantu musafir dan fakir miskin, bersyair, dan sebagainya berlaku dalam kawasan dalaman dan kawasan perkarangan terbuka.



MASALAH DAN PENYELESAIAN

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh masjid ini dan memerlukan jalan penyelesaian degan kadar segera .
Pertama, masalah yang melibatkan keselamatanmasjid  iatu beberapa kes kecurian yang telah berlaku seperti kecurian tabung masjid. Tabung masjid yang disediakan adalah untuk anak qaryah memberikan sumbangan ikhlas kepada masjid. Masjid pula akan menggunakan wang itu untuk menanggung perbelanjaan dan penyeggaraan masjid. Jika masalah ini terus berlaku, kewangan masjid akan terjejas lalu masjid tidak dapat disenggelarakan dengan baik. Oleh itu, keselesaan anak qaryah akan terjejas.
Seterusnya, masalah penglibatan remaja  dalam aktiviti yang dianjurkan oleh masjid. Sesungguhnya peranan remaja amatlah penting dalam menjayakan aktiviti yang telah dianjurkan. Namun, bilangan remaja yang terlibat hanya beberapa orang sahaja. Oleh itu, masjid ini telah merangka beberapa aktiviti bagi menarik perhatian pemuda kampung. Sebagai contoh, kursus menguruskan jenazah. Program ini telaah dianjurkan oleh UMNO Cherok Tokun dengan tujuan bagi mencari pelapis dalam menguruskan jenazah pada masa akan datang. Dala Islam sendiri menguruskan fardhu jenazah. Ilmu yang disampaikan amatlah beguna.
Selain itu, kemudahan kawasan lapang untuk para jemaah meletakkan kereta tidak mencukupi. Masalah ini disebabkan kedudukan masjid berhampiran dengan jalan besar. Oleh itu. Kawasn lapang masjid menjadi sempit. Para jemaah terpaksa meletakkan kereta jauh dari masjid. Setiap kali masjid menganjurkan sambutan ataupun acara yang melibatkan penglibatan ramai anak qaryah, masalah ini menjadi bertambah serius. Masalah ini dapat diselesaikan jika ada penduduk yang mewakafkan tanah mereka untuk dijadikan kawasan meletakkan kereta.



PENUTUP

Secara kesimpulannya, masjid adalah tempat atau bangunan yang sangat mulia disisi Islam. Sebagai umat Islam. Kita haruslah mengimarahkan masjid dengan sebaik mungkin supaya hidup kita lebih diberkati oleh Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT sangat menyukai umatnya yang selalu berkunjung dan beribadat  rumah-rumahNya.
Terdapat banyak pengajaran atau kelebihan jika kita menggunakan masjid dengan sebaik mungkin. Sudah pasti hidup kita akan lebih bermakkna. Disamping itu dengan adanya aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara anak kariah.
Harapan dan saranan saya adalah supaya setiap anak qaryah dapat membuka mata dan melapangkan masa untuk berkunjung ke masjid. Sesungguhnya banyak faedahnya.



RUJUKAN


 Wikipedia
  Encik Baharudin bin Ishak


LAMPIRAN


 Masjid Jamek Cherok Tokun